Wednesday, June 15, 2011

apakah???

Cik Nurl mengaku blog Cik Nurl skrg dah bersawang...sgt2 bersawang kot...
xsmpat la Cik Nurl nk update memandangkan tahap keBZan Cik Nurl ni xmenentu...
so soooooryyyy to all..
bila2 free time baru Cik Nurl hapdet info2, entry2 and story mory yg dh nk berkulat tu...
hahahhaahhahha

babai u olls :P

Monday, March 21, 2011

An Outdated Entry.

Tahun 2011 ini membuka lembaran baru dalam hidup cik nurul apabila cik nurul diterima untuk menjadi seorang tenaga pengajar di university tempat cik nurl menimba ilmu sebelum ini. Terasa impian itu akan menjadi kenyataan insyaAllah. Sebagai seorang pendidik,cik nurl sgt2 bersyukur kerana disamping mndapat gaji,cik nurl dapat berkongsi ilmu dan menambah pengetahuan serta dapat mencari pahala insyaAllah...sejak cik nurul mula mengajar ni macam2 ragam n perangai student cik nurul jmpe. Semacam xserius utk belajar tapi kalo xmau blajar kenapa mendaftar utk masuk u/kolej? Bukan ke membazir namanya...bazirkan duit, tenaga dan jugak membazir masa...atas desakan ibu bapakah student2 ini terpaksa menghadirkan diri ke kolej walaupun bukan atas kehendak mereka? Anak2 tak berbincang dengan ibu bapakah apa pendirian dan kehendak mereka? Adakan ibu bapa memaksa anak2 mengikut pilihan mereka dan menepis apa jua impian dan kehendak diri mereka sendiri? Tiada lagikah komunikasi 2 hala antara ibu bapa dan anak2? Walaupun cik nurul juga dilahirkan pada zaman serba canggih dan moden yg mungkin mengubah cara komunikasi manusia sejagat namun masih menebal perasaan ingin berkomunikasi secara tradisional. Tidak puas kiranya tak dapat berbincang bergurau dan bertentang mata dgn ibu bapa. Walau apa pun masalah yg dihadapi dgn institusi sesebuah keluarga kini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang sangat penting utk membentuk sikap, jati diri dan juga masa depan anak-anak. Jangan terlalu memaksa dan jangan juga terlalu memanja kerana anak2 sekarang mempunyai sikap yang tidak dapat kita ramalkan walau apa pun pendekatan yang diberikan...fikir-fikirkanlah~

Friday, January 28, 2011

a short note bout hospital!

  • hsptal food sgt la xsedap [even private hsptal], org sakit boleh bertambah sakit!
  • even food yg jual kt hsptl's cafe pn xsedap! [mcm unhealthy n kurg nutrition pn ade gak]
  • kalo wt blood tranfusion without any donor from our fmly members/frenz, kene bayar to hsptal, every 1 pt blood [or a bag] cost rm200! look how precious blood is!
  • wonder why sume store n cafe kt hsptl only operate at office hour? how bout org yg menjaga org yg sakit tu? after office hour xleh makan ka? hurmmm...
  • nurses visiting at almost every one-hour at nite! [how come the patients and the penjaga nk tdo?] too caring huh?!
  • all hsptl got the same smell huh? yurk!
* but i stil hate the bad smell of hsptl, and of cos i hate hsptl!*

Wednesday, January 19, 2011

Sejarah dan fadhilat Ayat Kursi

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua….. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

semoga menjadi amalan hidup seharian

Insya Allah..


sumber:http://1khalifah.wordpress.com/category/al-quran/

Sunday, January 16, 2011

Good Bye 2010, Welcome 2011.

Salam kwn2 sekalian alam,
owh hi my dearie karpet...long time no talked huh...hehe..

Alhamdulillah Cik Nurl masih lg berdiri di atas muka bumi Allah yg maha hebat ini...syukur. mungkin anda tgk pd title post kali ni agak terlmbt kot tp bagi Cik Nurl 2011 ni masih baru dan blum terlewat lg utk Cik Nurl wish Happy New Year 2011 to all! semoga apa yg anda sume cita-citakan dan impikan pd tahun 2010 telah tercapai dan impian baru 2011 akan tercapai...insyaAllah~

Entri kali ni Cik Nurl juz nk buat go thru' apa yg berlaku sekitar 2010... pd Cik Nurl permulaan 2010 adalah sesuatu permulaan tahun yg sederhana dan baik namun Allah maha kuasa...dikala Cik Nurl lena dgn kesenangan hidup dan kurang bersyukur kepadaNya, Dia telah menurunkan dugaan pd Cik Nurl satu per satu... bermula dgn dugaan kerja, dugaan keluarga, dugaan kehidupan peribadi dan sebagainya. Disebabkan oleh semua dugaan2 dan cabaran2 yg melanda membuatkan Cik Nurl hampir putus asa dgn apa yg Cik Nurl lalui...bermacam2 kejadian dan perkara yg sgt meruntun hati, membuat kepala dan dada Cik Nurl seperti hendak meletup, hingga menguji iman Cik Nurl yg senipis kulit bawang dan hampir hilang sabar. Tapi syukur alhamdulillah dgn berkat dorongan keluarga terutamanya dan kawan2, Cik Nurl masih lg kuat utk menempuh hari-hari yang mendatang. Banyak perkara2 dan kejadian2 pd tahun 2010 yg membuatkan airmata Cik Nurl turun dgn mencurah-curah tp alhamdulillah Cik Nurl masih rasa bersyukur sbb Allah menurunkan dugaan pd umatNya kerana Dia sgt sayangkan umatnya dan tak mahu membiarkan umatNya dari terus leka.

Walaupun pelbagai dugaan yg menimpa Cik Nurl, keluarga Cik Nurl masih lg berlapang dada dan terus menyokong Cik Nurl dalam apa jua keputusan dan tindak tanduk Cik Nurl demi masa depan yg gemilang! (wahh...ayat skema kot..hehe) Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah mengurniakan sebuah keluarga yg sgt2 supportive and understanding. 2010 juga ada memberi kenangan2 manis dan perkara2 yg menggembirakan, contohnya, Cik Nurl dh dapat seorang lg nephew named Muhammad Zhafran Bazil. Tahniah pd abg dan kakak ipar Cik Nurl diatas kehadiran anak lelaki ke-2 mereka...Cik Nurl sgt happy dpt anak buah baru dan happy jgak tgk fmly Cik Nurl happy.

Demi utk mencapai cita-cita, impian dan harapan, Cik Nurl menguatkan azam, mentabahkan hati dan mem'polish' iman utk teruskan perjuangan. Cik Nurl mahu lupakan segala kesedihan yg melanda dan simpan jauh2 segala memori pahit sepanjang 2010 utk mengharungi 2011 dgn pemikiran yg positif. Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha yg kuat, pd permulaan 2011 ini Cik Nurl telah mendapat satu berita gembira yg selama ini Cik Nurl tunggu2. Sesuatu yang sgt2 baik dan sgt2 bagus utk Cik Nurl memulakan perjalanan kalendar 2011 yg masih jauh dan panjang. Segala yg terjadi pd 2010 akan Cik Nurl jadikan pengajaran di sepanjang perjalanan pada 2011 ini...insyaAllah~

Pada masa ini, tahun 2010 telah berakhir dan tahun 2011 telah bermula. Cik Nurl pastinya salah seorg yg menginginkan pembaharuan dalam hidup utk kebaikan.

'New Year, New Look, New Life, New Me!'

all the best!