saya xrela berkongsi kasih dgn org lain...
saya mahu hak saya menjadi hak milik kekal saya seorg jer...
kerana hati & cinta saya hanya ada satu...
sekian terima kasih...
kisah benar suka duka kehidupan dan buah fikiran seorang ummat untuk mengisi masa lapangnya disamping meng'update' kisah hidup bersama rakan-rakan...tapi AWAS kisahnya tidak menepati piawaian dari mana2 institusi terutama SIRIM!
"mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
laskar pelangi takkan terikat waktu"
Salam bertemu kembali...wahhh mmg lama cik nurl amik masa utk siapkan entri baru ni...almaklumlah situasi cik nurl skrg agak x mengizinkan cik nurl utk menulis dlm jangka masa yg pnjg...
Cik nurl nk berkongsi sesuatu dgn semua pasal kerja...yup mencari kerja actually... meh kita imbas balik kalo korg igt lg entri cik nurl yg lepas2 pasl dilema cik nurl utk memilih 2 ofer kerja... masa tu mmg cik nurl rasa bersyukur sesgt n hapy sbb dpt ofer keje smpai xleh nk decide...tp langit xslalu nya cerah... cik nurl decide utk terima ofer kerja di KL sbb cik nurl rasa cik nurl bleh gain much more experiences n knowledges berbanding di kampung halaman cik nurl...dgn serta merta cik nurl buat surat resign n bg pd former bos cik nurl... malang tak berbau few days b4 cik nurl mengabdikan diri kpd bakal majikan baru di KL, cik nurl dpt call dr bakal majikan dgn suara lemah lembut dan sopan santunnya bgtau cik nurl yg cmpanynya xmampu nk byr gaji cik nurl seperti yg telah dipersetujui...mereka decide utk xemploy sesiapa pn buat masa tu...itu apa yg derg bgtau lah...so cik nurl pn berasa sgt teraniaya tp cik nurl xmampu utk buat apa-apa sbb cik nurl xde sign contract or receive ofer letter pn sbb derg jnji once cik nurl masuk lapor diri derg akan bagi ofer letter n all document needed...sangat kejam kn..huhuhuu
Mungkin tiada rezeki cik nurl kot...then cik nurl dgn mengetepikan rasa malu (sbb dah tolak ofer derg) cuba bertanyakan cmpny di kmpung halaman yg ofer cik nurl tp malang lagi sekali mereka dah employed 2 org...so xleh juga nk employ cik nurl...terasa ada batu besar (bayangkan mcm bilal bin rabbah) hempap cik nurl...adoi secara automatiknya skrg cik nurl bergelar penganggur kelas pertama...cis..cis....cis...
So cik nurl buat keputusan utk balik ke kmpg halaman cik nurl yg terchenta ni sementara cik nurl mencari kerja...dalam hampir 2 bulan menganggur ni cik nurl dah pergi byk interviu di KL..hmpir setiap minggu cik nurl berulang alik ke KL untuk mengattendkn diri cik nurl di setiap interviu yg cik nurl dpt...tp smpai skrg cik nurl xdpt apa2 berita dr interviu yg telah cik nurl hadiri...
Nasib cik nurl agak baik sbb fmly cik nurl agak memahami keadaan cik nurl dan tak pernah sekali pun fmly cik nurl mendesak cik nurl utk mencari kerja jauh sekali menyalahkan cik nurul...asalkan kita berusaha rezeki ada di mana-mana, betul kn...
Cik nurl agak xpuas hati dgn sesetengah cmpany yg nk hire pekerja tp memanfaatkan pekerja hingga ke tahap maksimum! Mereka nk pekerja yg ada kelulusan yg bgus tp byr gaji sama mcm budk spm jer...bagi kerja plak mcm esok xde masa dah nk buat kerja...dah mcm kuli batak pun ada...xpatut btol tau...bukannya cik nurl nk suh sesapa yg berkelulusan tinggi demand gaji pd majikan tp cik nurl rasa knowlegde yg graduan2 malaysia ada boleh dieksploitasi dgn sebaik-baiknya dgn cara yg betul...harap2 para majikan akan lebih bertimbang rasa dgn para pekerja..mereka harus ingat syarikat mereka yg mungkin bernilai berbillion ringgit dan juga untung yg berjuta ringgit adalah hasil titik peluh pekerja bawahan yang sentiasa setia pd cmpany...sedarlah wahai para majikan!
Lagi 1 perkara yg agak cik nurl kecewa dgn para majikan adalah pasal experiences...masa interview sume para majikan akan tanya pasl experiences pd org yg diinterview nya.....oleh kerana cik nurl ni consider fresh graduate maka experiences yg belum pn setahun jagung tu amatlah mereka perkecilkan...kebanyakan mereka beri alasan kalo xde byk experiences keje susah nk buat keje la...xde masa or sesiapa yg nk ajar la...xleh wt decision sendiri la...dan segala bagai alasan... cuba anda sume pikirkan sejenak...kalo sume majikan xnak hire fresh graduate macam mana fresh graduate nk gain experiences? Rasa cik nurul la..xde masalah yg besar kalo para majikan sudi hire fresh graduate n korbankan sikit masa dan tenaga utk mengajar n membantu fresh graduate yg melambak di pasaran skrg...sure fresh graduate tersebut akan berkhidmat dgn setia n bertanggungjawab terhadap kerja yg diamanahkan... so jika ada para majikan yg terbaca entri cik nurl ni sila lah pertimbangkan bila ada application post dr fresh graduate...jangan salahkan graduate bila mereka bekerja di bidang yg bertentangan dgn apa yg mereka pelajari...graduate skrg xleh juga terlalu memilih kerja...almaklumlah saingan terlalu banyak... so fresh graduate tidak akan teragak-agak utk bekerja di mana-mana bidang yg memerlukan khidmat kami as a graduate. Sila lah mengeksploitasi segala skill n knoelegde yg ada pada kami secara maksimum utk memajukan cmpany anda secara tidak lgsg membantu pertumbuhan ekomoni negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
I luv malaysia!~
Wahhh…sudah agak lama Cik Nurul xmeng’update’ karpet ni kan…maklumlah Cik Nurul agak bz dgn kerja dan xtvt… bila ada masa terluang mcm ni otak Cik Nurul pula tak boleh menghasilkan idea yang bernas…adoyaii apakah topik kali ni…
Haa idea sudah tercipta… Cik Nurul nk merepek pasal perangai manusia dalam bersahabat…byk experience yg leh kita share…
Kes 1: I hate stranger but why?
Cik Nurul pun agak pelik walaupun dgn diri sendri…sometimes kita xknal pun dgn seseorg tp bila kita pndang tetiba ada segaris perasaan xsuke…anda sume sure pernah mengalami situasi mcm tu kan? Komphem la pernah! Cik Nurul pun pernah(byk kali sbnrnye)…xtau la kenapa tp tetibe jer otak ni memberi arahan kpd hati n akal utk ada perasaan begitu…xlogik kan?
Kes 2: berkawan baik tapi bermusuh?
Kes ni mmg la sangat pelik… kalau dah berkawan baik kenapa bleh bermusuh? Hahah mcm ni sbnrnya crita nye… seorang kawan baik sanggup ke memburuk-burukkan kawan nya sendri tp dalam pada masa yang sama masih berkawan baik dengan kawannya… itu ke definasi kawan baik? Apa gunanya jadi kawan kalau memburuk-burukkan kawan sendiri…sama mcm musuh dalam selimut la beb! Kalau betullah perangai kawan kita ni buruk at least awk sbg kawan baiknya haroslah menegurnya dan membantu kawan baik anda untuk berubah…ini semua demi kebaikan anda semua… bukankah indah hidup mcm 2… walau apa pun alasan anda semua, sebagai kawan baik…anda tidak berhak untuk memburukkan kawan anda sendiri..apatah lagi kawan anda itu tidak pernah sekali-kali menyakiti hati anda apatah lagi mengkhianati persahabatan anda… berterus teranglah kerana itu adalah satu penyelesaian yang amat efektif. Betul! Cik Nurul dah menyelesaikan satu persengketaan yang agak lama terpendam hanya dengan berterus terang… cubalah kerana tidak salah untuk mencuba… hidup kita singkat tapi indah…so janganlah mencemarkan keindahan itu dengan persengketaan antara sahabat…kerana sahabat adalah peneman dikala susah dan senang… tapi awas bukan semua kawan2 anda adalah sahabat anda…sahabat sejati adalah sahabat yang sedia membantu kita di masa susah senang…yang bertanya khabar di kala sihat dan sakit…sedia mendengar berita baik atau buruk… yang cuba memahami kita walau apa situasi pun…yang sedia mengambil berat walau dilanda dugaan atau dilimpahi rezeki…jadilah seorang sahabat yang disenangi oleh kawan2 anda…jgn lah mmbuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati kawan2 anda…dan paling penting…seorang kawan baik tidak berhak untuk membuat keputusan bagi pihak kawannya tanpa pengetahuannya!seorang kawan baik hanya berperanan untuk menasihati dan menyokong dan menghormati keputusan kawannya… jangan sesekali anda semua melibatkan kawan baik anda dengan masalah peribadi anda yang tidak ada kaitan dengan kawan anda… dan jangan salahkan kawan anda di atas apa juga keputusan yang telah anda lakukan dalam hidup anda..kerana peranan seorang sahabat adalah untuk menyokong kawan-kawannya dan menerima baik buruk apa adanya seikhlas hatinya…
Kes 3: berkawan + berchenta x break up = musuh ?
Haaa kes ni mmg sangat glemer seantero dunia xkire darjat, keturunan, bangsa atau agama! Merata-rata kita boleh tengok kes cenggini tapi stil xde solution… kenapa mesti bermusuh lepas terputus segala kasih sayang? Perlu ke menyimpan dendam yang pd dasarnya mungkin menyakitkan hati namun lgsg tak berbaloi… mungkin perpisahan anda sangat menyakiti anda dan juga si dia tapi mungkin inilah takdir yang terbaik… Tuhan maha mengetahui dan maha adil… setiap perkara yg terjadi pd diri kita dan sekeliling kita ada hikmahnya yang tersembunyi dan tersirat dan kita sbg manusia yg perlu bijak mencari. Just lupakan apa yg terjadi dan teruskan hidup anda dengan harapan yang baru…yaa mungkin senag bagi Cik Nurul untuk berkata-kata tapi amat susah untuk menanggungnya…I’m feeling you actually babe! Betul..Cik Nurul pun pernah mengalami perasaan perit getir mcm ni… tapi bila kita tgk dunia dari satu sudut yang berbeza barulah kita akan bersyukur dgn segala kejadian yang berlaku dalam hidp kita… sume tu jgak la yg menjadikan karpet hidup kita berwarna-warni dan menarik…ia jugak mematangkan diri kita sebagai manusia…so mulai dari detik ini muhasabahlah diri anda dan hargailah hidup anda… Hayatilah kata-kata ni…
‘when you feel down because you didn’t get what you want, just sit tight n be happy because God is having something better to give you’
Kesimpulan dari entri ini: Hargailah kawan-kawan dan orang yg berada di sekeliling anda!
:::This is Friday’s entry actually…so let’s go back to Friday’s mood…hehehe:::
(Cik Nurul sangat bz pada hari Jumaat dan xsmpat berInternet tapi Cik Nurul masih mencurik-curik masa untuk menulis memandangkan hari jumaat Cik Nurul agak panas…sila baca entri ini untuk find out apa yg memanas-terikkan hari jumaat Cik Nurul..walaupun cuaca mmg panas terik!)
Pagi ni mood Cik Nurul agak baik…kenapa?hehehe…
Sebab yang pertama…jeng..jeng..jeng…
Arini hari jumaat! Cik Nurul rasa Hari jumaat adalah hari yang best walaupun kekadang Cik Nurul kena kerja pd hari Sabtu…hari Jumaat hari untuk bergaya dengan baju kurung yang agak sukar bagi Cik Nurul nak pakai setiap hari…So Cik Nurul hanya memakai baju kurung pada hari Jumaat yang mulia sahaja…(hari raye Cik Nurul mesti pakai sebab boleh melaram sakan…^=^ I like…!)
Sebab yang kedua…
Lepas keje ni Cik Nurul akan pulang ke kampung halaman bersama abang dan kakak ipar Cik Nurul… almaklumlah..Cik Nurul ni xmampu lagi nak memiliki kenderaan sendiri…kalau xbalik dengan derg Cik Nurul akan dengan segeranya menempah kenderaan & driver feveret Cik Nurul (driver train sbb bonda Cik Nurul telah melarang Cik Nurul naik bus atas alasan keselamatan yang xterjamin..bonda Cik Nurul yg lebih2 padahal bukan dia naik bus pun…tp Cik Nurul sbgai anak yang patuh kpd bondanya hanya menurut perintah sahaja..hehe)..kalo xtempah awal2 nanti xboleh balik plak…kecian Cik Nurul…
Cik Nurul ni kalo boleh mmg nak balik kampung jer tetiap weekend…dari zaman belajar lagi Cik Nurul mmg begitu…asal ada masa yang terluang or cuti skit jer mesti hati Cik Nurul ni meronta-ronta nak pulang ke kampung halaman…nasib baik lah kampung halaman Cik Nurul ni xde la jauh sangat nak travel…kalo ikutkan hati degil Cik Nurul ni mau saja Cik Nurul ulang alik dr kampung halaman ke tempat kerja…(tapi Cik Nurul xkan berbuat begitu kerana keterbatasan masa dan wang ringgit!). Cik Nurul ni mmg suka balik ke kampung halaman sbb best…bukan apa Cik Nurul seronok bila bersama-sama dengan family. terasa segala beban dan masalah hilang macam tu je…
Ok dah abes citer pasal mood pagi…skrg dah masuk mood lunch hour…
Seperti biasa lunch Cik Nurul bersama-sama dgn Vincent. (satu-satunya office-mate Cik Nurul..kecian kan kitorg…huhu) Mula-mula plan nak ke Mines tp tetibe plak kawan si Vincent ni, David (Cik Nurul pun kenal) nak dtg lunch bersama-sama..so kitorg pun membatalkan hasrat untuk lunch ke Mines (Cik Nurul agak kechewa sbb Cik Nurul dah berangan nak shoping CD! Ciss~ ) kitorg ke kafe Rose je (yang jaraknya adalah selang 1 blok dari office Cik Nurul) untuk memanfaatkan lunch selama 2 jam di kafe Rose ni agak tertekan sbb xtau nak buat ape…lepas masing-masing habiskan lunch meal sume terdiam melayan perasaan sendri agaknya..
Dalam keheningan dan bahang panas yang teramat la panas tu tetibe si David ni suruh Cik Nurul tunjuk tapak tangan Cik Nurul kpd dia…Cik Nurul yang blur ni dgn cepat jer menyorokkan tangan Cik Nurul dan secara lantangnya Cik Nurul mengeluarkan kata-kata seperti berikut:
‘U nak buat apa dengan tangan I?’
Vincent n David pun agak tersentap dengan kata-kata Cik Nurul yang agak lantang td…David pun menjawab dengan tenangnya,
‘I just nak tengok feng shui pd tapak tangan U saja….dont be mad lorr..’
lebih kurang mcm 2 la conversation kami…
‘oh ok!’
dengan segeranya Cik Nurul menjawab dan menghulurkan tapak tangan Cik Nurul untuk ditilik ahli magis David (dia mmg belajar bab2 feng shui ni..siap nak kuarkan buku yang dia blaja kalo Cik Nurul mambantah kata-katanya…hehehe…)
‘…ini garisan ha..meaning…bla..bla..bla..bla…then this line show…bla..bla..bla…mau tau u punya chinta ka? Ini line means…bla..bla..bla…’
…dan Cik Nurul pun jadi terpesona dengan kehebatan David menilik feng shui di tapak tangan Cik Nurul..(kita org islam jangan percaya sangat…kurafat…) hebat sungguh hidup Cik Nurul kalau betullah apa yg si David ni tilikkan…macam-macam yang ditilik oleh ahli magis David selama kira-kira 45 minit tentang hidup Cik Nurul… lepas 2 si Vincent plak yang menjadi mangsa ahli magis yg sungguh tidak terkenal ini…hehehe
Lepas habis sesi tilik menilik, David mengeluarkan satu statement yang agak kontroversi..
‘u percaya ka itu Tuhan ada?’
Cik Nurul dalam tergamamnya menjawab ‘yup!’
David dengan selamba tanya… ‘u percaya itu Tuhan tolong u?’
‘yup’
David memprovok lagi… ‘betul ka Tuhan ada tolong u?’
‘yup’
David masih xpuas hati… ‘u ada nampak ka Tuhan ada tolong u?’
Dan Cik Nurul pun dengan berat hatinya menjawab ‘No…tapi…’ dengan pantas David mematahkan kata-kata Cik Nurul …
‘u ada rasa Tuhan tolong u ka?’
‘yup’
‘then kalau Tuhan tolong kenapa stil got many problem?’
Cik Nurul cuba melemparkan senyuman manis sambil memikirkan jawapan yang sekonkrit bangunan KLCC… tapi xsmpat Cik Nurul mengeluarkan apa-apa statement David menyambung khutbah jumaatnya…(boleh ke guna word khutbah untuk kes cenggini? Ampun maap kalo xboleh..ini cuma luahan emosi Cik Nurul aje...)
‘I mula-mula tak percaya oo ada Tuhan tolong…tapi lepas I ada jumpa itu satu bomoh I percaya…itu bomoh cakap pada I kalau itu tuhan tunjuk u satu barang kepada sesuatu means itu betul Tuhan tolong u…(sbnrnya Cik Nurul lgsg xpaham apa maksud David)…I xpecaya lg wooo…tapi lepas tu I ada cari satu barang hilang…I nmpk itu dia punya case saja..i amik itu case sbb I pikir itu barang ada dalam…tapi tiada…lepas itu haa…baru I ingat yang barang itu I suda bagi olang pinjam maa….(Cik Nurul xpasti samada si David ni pg jmpe bomoh sbb nak suruh cari barang yg dia sangka hilang atau kebetulan…so jangan pndai2 nak kaitkan cheritera ni…huhu) lepas itu kes..i sudah percaya ada Tuhan…’
Fuhhh…Cik Nurul tersenyum lebar tanda lega betul…xpayah la Cik Nurul mencari-cari lagi jawapan yang Cik Nurul sendri xarif untuk memberi hujah…Cik Nurul pun menghirup air kasi habis smbil si David panggil si Rose utk bayar….2 jam lunch yg penuh dengan input dan output !
Kesimpulan untuk entri ni… ‘pi blaja lagi bab-bab agama nih!’