Wahhh…sudah agak lama Cik Nurul xmeng’update’ karpet ni kan…maklumlah Cik Nurul agak bz dgn kerja dan xtvt… bila ada masa terluang mcm ni otak Cik Nurul pula tak boleh menghasilkan idea yang bernas…adoyaii apakah topik kali ni…
Haa idea sudah tercipta… Cik Nurul nk merepek pasal perangai manusia dalam bersahabat…byk experience yg leh kita share…
Kes 1: I hate stranger but why?
Cik Nurul pun agak pelik walaupun dgn diri sendri…sometimes kita xknal pun dgn seseorg tp bila kita pndang tetiba ada segaris perasaan xsuke…anda sume sure pernah mengalami situasi mcm tu kan? Komphem la pernah! Cik Nurul pun pernah(byk kali sbnrnye)…xtau la kenapa tp tetibe jer otak ni memberi arahan kpd hati n akal utk ada perasaan begitu…xlogik kan?
Kes 2: berkawan baik tapi bermusuh?
Kes ni mmg la sangat pelik… kalau dah berkawan baik kenapa bleh bermusuh? Hahah mcm ni sbnrnya crita nye… seorang kawan baik sanggup ke memburuk-burukkan kawan nya sendri tp dalam pada masa yang sama masih berkawan baik dengan kawannya… itu ke definasi kawan baik? Apa gunanya jadi kawan kalau memburuk-burukkan kawan sendiri…sama mcm musuh dalam selimut la beb! Kalau betullah perangai kawan kita ni buruk at least awk sbg kawan baiknya haroslah menegurnya dan membantu kawan baik anda untuk berubah…ini semua demi kebaikan anda semua… bukankah indah hidup mcm 2… walau apa pun alasan anda semua, sebagai kawan baik…anda tidak berhak untuk memburukkan kawan anda sendiri..apatah lagi kawan anda itu tidak pernah sekali-kali menyakiti hati anda apatah lagi mengkhianati persahabatan anda… berterus teranglah kerana itu adalah satu penyelesaian yang amat efektif. Betul! Cik Nurul dah menyelesaikan satu persengketaan yang agak lama terpendam hanya dengan berterus terang… cubalah kerana tidak salah untuk mencuba… hidup kita singkat tapi indah…so janganlah mencemarkan keindahan itu dengan persengketaan antara sahabat…kerana sahabat adalah peneman dikala susah dan senang… tapi awas bukan semua kawan2 anda adalah sahabat anda…sahabat sejati adalah sahabat yang sedia membantu kita di masa susah senang…yang bertanya khabar di kala sihat dan sakit…sedia mendengar berita baik atau buruk… yang cuba memahami kita walau apa situasi pun…yang sedia mengambil berat walau dilanda dugaan atau dilimpahi rezeki…jadilah seorang sahabat yang disenangi oleh kawan2 anda…jgn lah mmbuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati kawan2 anda…dan paling penting…seorang kawan baik tidak berhak untuk membuat keputusan bagi pihak kawannya tanpa pengetahuannya!seorang kawan baik hanya berperanan untuk menasihati dan menyokong dan menghormati keputusan kawannya… jangan sesekali anda semua melibatkan kawan baik anda dengan masalah peribadi anda yang tidak ada kaitan dengan kawan anda… dan jangan salahkan kawan anda di atas apa juga keputusan yang telah anda lakukan dalam hidup anda..kerana peranan seorang sahabat adalah untuk menyokong kawan-kawannya dan menerima baik buruk apa adanya seikhlas hatinya…
Kes 3: berkawan + berchenta x break up = musuh ?
Haaa kes ni mmg sangat glemer seantero dunia xkire darjat, keturunan, bangsa atau agama! Merata-rata kita boleh tengok kes cenggini tapi stil xde solution… kenapa mesti bermusuh lepas terputus segala kasih sayang? Perlu ke menyimpan dendam yang pd dasarnya mungkin menyakitkan hati namun lgsg tak berbaloi… mungkin perpisahan anda sangat menyakiti anda dan juga si dia tapi mungkin inilah takdir yang terbaik… Tuhan maha mengetahui dan maha adil… setiap perkara yg terjadi pd diri kita dan sekeliling kita ada hikmahnya yang tersembunyi dan tersirat dan kita sbg manusia yg perlu bijak mencari. Just lupakan apa yg terjadi dan teruskan hidup anda dengan harapan yang baru…yaa mungkin senag bagi Cik Nurul untuk berkata-kata tapi amat susah untuk menanggungnya…I’m feeling you actually babe! Betul..Cik Nurul pun pernah mengalami perasaan perit getir mcm ni… tapi bila kita tgk dunia dari satu sudut yang berbeza barulah kita akan bersyukur dgn segala kejadian yang berlaku dalam hidp kita… sume tu jgak la yg menjadikan karpet hidup kita berwarna-warni dan menarik…ia jugak mematangkan diri kita sebagai manusia…so mulai dari detik ini muhasabahlah diri anda dan hargailah hidup anda… Hayatilah kata-kata ni…
‘when you feel down because you didn’t get what you want, just sit tight n be happy because God is having something better to give you’
Kesimpulan dari entri ini: Hargailah kawan-kawan dan orang yg berada di sekeliling anda!
No comments:
Post a Comment