Tahun 2011 ini membuka lembaran baru dalam hidup cik nurul apabila cik nurul diterima untuk menjadi seorang tenaga pengajar di university tempat cik nurl menimba ilmu sebelum ini. Terasa impian itu akan menjadi kenyataan insyaAllah. Sebagai seorang pendidik,cik nurl sgt2 bersyukur kerana disamping mndapat gaji,cik nurl dapat berkongsi ilmu dan menambah pengetahuan serta dapat mencari pahala insyaAllah...sejak cik nurul mula mengajar ni macam2 ragam n perangai student cik nurul jmpe. Semacam xserius utk belajar tapi kalo xmau blajar kenapa mendaftar utk masuk u/kolej? Bukan ke membazir namanya...bazirkan duit, tenaga dan jugak membazir masa...atas desakan ibu bapakah student2 ini terpaksa menghadirkan diri ke kolej walaupun bukan atas kehendak mereka? Anak2 tak berbincang dengan ibu bapakah apa pendirian dan kehendak mereka? Adakan ibu bapa memaksa anak2 mengikut pilihan mereka dan menepis apa jua impian dan kehendak diri mereka sendiri? Tiada lagikah komunikasi 2 hala antara ibu bapa dan anak2? Walaupun cik nurul juga dilahirkan pada zaman serba canggih dan moden yg mungkin mengubah cara komunikasi manusia sejagat namun masih menebal perasaan ingin berkomunikasi secara tradisional. Tidak puas kiranya tak dapat berbincang bergurau dan bertentang mata dgn ibu bapa. Walau apa pun masalah yg dihadapi dgn institusi sesebuah keluarga kini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang sangat penting utk membentuk sikap, jati diri dan juga masa depan anak-anak. Jangan terlalu memaksa dan jangan juga terlalu memanja kerana anak2 sekarang mempunyai sikap yang tidak dapat kita ramalkan walau apa pun pendekatan yang diberikan...fikir-fikirkanlah~
No comments:
Post a Comment