kisah benar suka duka kehidupan dan buah fikiran seorang ummat untuk mengisi masa lapangnya disamping meng'update' kisah hidup bersama rakan-rakan...tapi AWAS kisahnya tidak menepati piawaian dari mana2 institusi terutama SIRIM!
Wednesday, June 15, 2011
apakah???
Monday, March 21, 2011
An Outdated Entry.
Tahun 2011 ini membuka lembaran baru dalam hidup cik nurul apabila cik nurul diterima untuk menjadi seorang tenaga pengajar di university tempat cik nurl menimba ilmu sebelum ini. Terasa impian itu akan menjadi kenyataan insyaAllah. Sebagai seorang pendidik,cik nurl sgt2 bersyukur kerana disamping mndapat gaji,cik nurl dapat berkongsi ilmu dan menambah pengetahuan serta dapat mencari pahala insyaAllah...sejak cik nurul mula mengajar ni macam2 ragam n perangai student cik nurul jmpe. Semacam xserius utk belajar tapi kalo xmau blajar kenapa mendaftar utk masuk u/kolej? Bukan ke membazir namanya...bazirkan duit, tenaga dan jugak membazir masa...atas desakan ibu bapakah student2 ini terpaksa menghadirkan diri ke kolej walaupun bukan atas kehendak mereka? Anak2 tak berbincang dengan ibu bapakah apa pendirian dan kehendak mereka? Adakan ibu bapa memaksa anak2 mengikut pilihan mereka dan menepis apa jua impian dan kehendak diri mereka sendiri? Tiada lagikah komunikasi 2 hala antara ibu bapa dan anak2? Walaupun cik nurul juga dilahirkan pada zaman serba canggih dan moden yg mungkin mengubah cara komunikasi manusia sejagat namun masih menebal perasaan ingin berkomunikasi secara tradisional. Tidak puas kiranya tak dapat berbincang bergurau dan bertentang mata dgn ibu bapa. Walau apa pun masalah yg dihadapi dgn institusi sesebuah keluarga kini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang sangat penting utk membentuk sikap, jati diri dan juga masa depan anak-anak. Jangan terlalu memaksa dan jangan juga terlalu memanja kerana anak2 sekarang mempunyai sikap yang tidak dapat kita ramalkan walau apa pun pendekatan yang diberikan...fikir-fikirkanlah~
Friday, January 28, 2011
a short note bout hospital!
- hsptal food sgt la xsedap [even private hsptal], org sakit boleh bertambah sakit!
- even food yg jual kt hsptl's cafe pn xsedap! [mcm unhealthy n kurg nutrition pn ade gak]
- kalo wt blood tranfusion without any donor from our fmly members/frenz, kene bayar to hsptal, every 1 pt blood [or a bag] cost rm200! look how precious blood is!
- wonder why sume store n cafe kt hsptl only operate at office hour? how bout org yg menjaga org yg sakit tu? after office hour xleh makan ka? hurmmm...
- nurses visiting at almost every one-hour at nite! [how come the patients and the penjaga nk tdo?] too caring huh?!
- all hsptl got the same smell huh? yurk!
Wednesday, January 19, 2011
Sejarah dan fadhilat Ayat Kursi
Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua….. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
semoga menjadi amalan hidup seharian
Insya Allah..
Sunday, January 16, 2011
Good Bye 2010, Welcome 2011.
owh hi my dearie karpet...long time no talked huh...hehe..
Alhamdulillah Cik Nurl masih lg berdiri di atas muka bumi Allah yg maha hebat ini...syukur. mungkin anda tgk pd title post kali ni agak terlmbt kot tp bagi Cik Nurl 2011 ni masih baru dan blum terlewat lg utk Cik Nurl wish Happy New Year 2011 to all! semoga apa yg anda sume cita-citakan dan impikan pd tahun 2010 telah tercapai dan impian baru 2011 akan tercapai...insyaAllah~
Entri kali ni Cik Nurl juz nk buat go thru' apa yg berlaku sekitar 2010... pd Cik Nurl permulaan 2010 adalah sesuatu permulaan tahun yg sederhana dan baik namun Allah maha kuasa...dikala Cik Nurl lena dgn kesenangan hidup dan kurang bersyukur kepadaNya, Dia telah menurunkan dugaan pd Cik Nurl satu per satu... bermula dgn dugaan kerja, dugaan keluarga, dugaan kehidupan peribadi dan sebagainya. Disebabkan oleh semua dugaan2 dan cabaran2 yg melanda membuatkan Cik Nurl hampir putus asa dgn apa yg Cik Nurl lalui...bermacam2 kejadian dan perkara yg sgt meruntun hati, membuat kepala dan dada Cik Nurl seperti hendak meletup, hingga menguji iman Cik Nurl yg senipis kulit bawang dan hampir hilang sabar. Tapi syukur alhamdulillah dgn berkat dorongan keluarga terutamanya dan kawan2, Cik Nurl masih lg kuat utk menempuh hari-hari yang mendatang. Banyak perkara2 dan kejadian2 pd tahun 2010 yg membuatkan airmata Cik Nurl turun dgn mencurah-curah tp alhamdulillah Cik Nurl masih rasa bersyukur sbb Allah menurunkan dugaan pd umatNya kerana Dia sgt sayangkan umatnya dan tak mahu membiarkan umatNya dari terus leka.
Walaupun pelbagai dugaan yg menimpa Cik Nurl, keluarga Cik Nurl masih lg berlapang dada dan terus menyokong Cik Nurl dalam apa jua keputusan dan tindak tanduk Cik Nurl demi masa depan yg gemilang! (wahh...ayat skema kot..hehe) Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah mengurniakan sebuah keluarga yg sgt2 supportive and understanding. 2010 juga ada memberi kenangan2 manis dan perkara2 yg menggembirakan, contohnya, Cik Nurl dh dapat seorang lg nephew named Muhammad Zhafran Bazil. Tahniah pd abg dan kakak ipar Cik Nurl diatas kehadiran anak lelaki ke-2 mereka...Cik Nurl sgt happy dpt anak buah baru dan happy jgak tgk fmly Cik Nurl happy.
Demi utk mencapai cita-cita, impian dan harapan, Cik Nurl menguatkan azam, mentabahkan hati dan mem'polish' iman utk teruskan perjuangan. Cik Nurl mahu lupakan segala kesedihan yg melanda dan simpan jauh2 segala memori pahit sepanjang 2010 utk mengharungi 2011 dgn pemikiran yg positif. Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha yg kuat, pd permulaan 2011 ini Cik Nurl telah mendapat satu berita gembira yg selama ini Cik Nurl tunggu2. Sesuatu yang sgt2 baik dan sgt2 bagus utk Cik Nurl memulakan perjalanan kalendar 2011 yg masih jauh dan panjang. Segala yg terjadi pd 2010 akan Cik Nurl jadikan pengajaran di sepanjang perjalanan pada 2011 ini...insyaAllah~
Pada masa ini, tahun 2010 telah berakhir dan tahun 2011 telah bermula. Cik Nurl pastinya salah seorg yg menginginkan pembaharuan dalam hidup utk kebaikan.
'New Year, New Look, New Life, New Me!'
all the best!
Monday, September 6, 2010
Pemberitahuan!
saya xrela berkongsi kasih dgn org lain...
saya mahu hak saya menjadi hak milik kekal saya seorg jer...
kerana hati & cinta saya hanya ada satu...
sekian terima kasih...
Monday, August 23, 2010
Kisah Kerang
hari ni dah hari yg ke-13 kita sbg ummat Islam berpuasa...wah cm cepat je masa berjalan...hmpir separuh ramadah dah kita lalui...alhamdulillah...
entri ni Cik Nurl nk story pasl kisah kerang yg Cik Nurl pertama kali masak...hehehe..actually bulan puasa ni hampir penuh schedule weekend Cik Nurl utk berbuka puasa...every sabtu buka di rumah opah n ahad plak kt umah nenek...so fair n square kan...hehehe..nk dijadikan cerita hari ahad lepas iaitu puasa yg ke-5, kami sekeluarga berbuka di rumah nenek dan bercadang utk memasak di rumah dlu then baru bwk ke rumah nenek...almaklumlah dekat aje jaraknye...so nenek surh masak gulai ayam dgn lambok dan juge kerang rebus...so abah n mak cik nurl pagi2 lg dah ke pasar mencari bahan2 yg diperlukan utk memasak menu2 tersebut...
pas abah mak balik dr pasar..abah suh cik nurl kemas2 n simpan brg2 apa yg patut...
then abah ckp plak..'kalo rajin tlg cuci kerang sekali...'
Cik Nurl tnye 'cuci cmne bah?'
abah jwb 'gosok je le'
so Cik Nurl pun pg le amik kerang tersebut n terus letak ke dalam sink...Cik Nurl blur jap sbb kerang abah beli smpai 2 kilo...giler byk...pas2 nk suh Cik Nurl cuci kerang ni??? dlm hati Cik Nurl kata xpela sng je ni...so Cik Nurl pn amik la berus periuk then CIk Nurl amik satu kerang then gosok...giler susah nye nk bersih...smpai sakit tangan Cik Nurl nk cuci...adela smpai 7-8 biji kerang Cik Nurl rasa sgt2 penat n sgt2 kompius...smpainye hati abah suh Cik Nurl cuci kerang teruk2 cmni...huhuhu...rasa nk nanges pn ada...then tetibe abah masuk dapur sbb nk bagi mkn kucing...selesai bg makan kucing abah nk basuh tangan n secara tak lgsg tgk le Cik Nurl mencuci kerang 2 kilo tuh...
then abah ckp 'laaa...knapa nye cuci cam ni? bila nk abisnye? bila nk masaknye?'
pas2 Cik Nurl jwb 'abes2 mcm mane?'
abah suh masukkan kerang2 dlm besen besar then abah amik berus sabut besar yg blum guna lg...
abah ckp 'masukkan air dlm besen tuh'
Cik Nurl pun ikut le apa yg abah surh...dah hmpir penuh air dlm besen kerang tu then abah ckp...
'amik berus ni pas2 gosok2 n sental2 je kerang2 dlm ni...nanti dia bersih la...'
sambil tuh abah buat demonstrasi dgn teknik2 yg betul...
'ulang bilas 3-4 kali air tuh nanti bersih la kerang tuh...wat pe nk gilap satu2...haiii...'
dan Cik Nurl pun terus tersengih besar mcm kerang tuh jugak...
cis cis cis...Cik Nurl xtau basuh kerang!!!! adoiii aiii....lawak2...
pas dah abis masak Cik Nurl crita pada mak then mak Cik Nurl gelak giler2...smpai malam ler Cik Nurl kene perli...nasib baik mak abah Cik Nurl xbuka citer kerang masa buka kt umah nenek...mau malu besar Cik Nurl ngn sume org...heheheheh...
Wednesday, August 11, 2010
Ahlan Ya Ramadhan
Semoga diBerkati dan diPermudahkan segala urusan kita...
InsyaAllah..aminnn...
Sunday, August 1, 2010
Sangat Tak Patut
Ok let's back to the point....actually Cik Nurl nk stori morie pasl apa yg jd pd Cik Nurl baru2 ni...ada satu hari tu Cik Nurl yg aktif mencari kerja ni sangat rajin dan menyelak semua page newspaper The Star yg dibeli oleh kakak ipar Cik Nurl...tetibe Cik Nurl tertarik oleh DUA iklan vacancy ni..ye betul 2 iklan...post yg ditawarkan Admin Exec...Cik Nurl skrg xmemilih kerja dah jnji ada kerja pn dah ckup...so Cik Nurl pn teruslah menbaca sechoit info yg diiklankan oleh cmpnt tersebut...sgt2 lah ringkas n pendek iklannye...jz bgtau salary range, post n contact number jer...so Cik Nurl pn tanpa membuang masa n berfikir pnjg Cik Nurl pn teruslah menelefon kedua2 cmpany dan menyatakan hasrat Cik Nurl kpd si penjawab telefon tersebut...
Setelah berbincang, Cik Nurl telah disuruh utk dtg interview pada masa2 n tarikh2 yg telah dipersetujui...Time tu mmg Cik Nurl rasa bangga n riak jgak la sbb call je trus set interview...wahhh hebat...heheheh...So pd masa2 n tarikh2 yg dijanjikan Cik Nurl pn pergilah ke kedua2 interview yg telah disetkan...
Interview 1
Location yg diberi pd Cik Nurl ialah di Menara AmBank (tp bukn under AmBank yek)...sesampai ke office cmpny tu trus Cik Nurl rasa kagum sbb ofis dia mmg nmpk canggih..mewah..elegant giler seswai ngn nama cmpny dia Elegant Destiny Sdn Bhd [EDSB] (nama xnak kalah)...Cik Nurl terus menuju ke receptionist dia n disuruh mengisi application form gne pc...canggih x? mayb gak la Cik Nurl ni agak ketinggalan zaman tp ni la 1st time Cik Nurl g interview isi app form xpyh tulis pnjg2 kt kertas...hahahah
Selesai mengisi app form alam maya tu Cik Nurl disurh tgu utk sesi interview....Cik Nurl agak curious nk tau pasl cmpny ni sbb xde info lgsg pasl cmpny ni...so without segan silu Cik Nurl pn bertanya kpd si kakak receptionist yg bermekup setebal 17 inci tu apa nature of business cmpny ni...dia jz bgtau yg time interview nanti Cik Nurl akan dibgtau...huh penat mulut Cik Nurl bersuara utk dpt info tp xdpt plak...xpe2 CIk nurl kembali duduk n menunggu... ada gak beberapa org yg dtg utk interview ni...so tiba giliran Cik Nurl dipanggil utk interview plak...dgn confiden nye Cik Nurl masuk ke bilik interview n tetibe Cik Nurl jd tergamam n terpegun seketika (tp masih tercover la...heheh) sbb interviewer tu (merangkap boss..katanye la) sgt2 la hensem... Cik Nurl mmg suka bab2 menghayati keindahan ciptaan Tuhan ni...hahahah...muda lg tau...nk je Cik Nurl tnye dah kawen ke blom tp disbbkan tertimbulnya rasa profesionalism n semangat nk tunjuk baik sbb nk dpt kerja jd Cik Nurl hanya mampu menatap keindahan yg tercipta...hehehe
Diterangkan pd Cik Nurl cmpny ni adalah finance consultant n post admin exec adalah utk membantu boss (yg sgt hensem td) utk wt proposal/project paper/manage schedule/meet client dsb...so Cik Nurl pn rasa agak confiden yg Cik Nurl bleh buat tugas2 spt yg dikatakan...spt biasa kata2 keramat sesetiap interview 'kita akan call dlm masa few weeks...trima kasih'...so Cik Nurl pn balik n tgu je la...
Interview2
Sama cam interview 1, xde info pasl cmpny jz location di Plaza Sentral...macam biasa sesampai je kene isi app form...smbil2 tu Cik Nurl smpat la menghayati dekor opis tersebut...agak xbyk beza ngn cmpny masa interview1 tu...mewah,canggih , elegant...tp nama cmpny ialah Georgeos Chain Sdn Bhd [GCSB] (pn nama xnk kalah)...soalan yg sama Cik Nurl tnye pd receptionist n jwpn dia agak ok la...dia bgtau nature of business is finance consultant... dlm hati Cik Nurl tetibe sgt curious kenapa sama gak mcm interview 1? cm kebetulan plak yek...sume finance consultant cmpny mmg wt iklan gne format yg sama ke?xpe2 Cik Nurl simpan kecuriousan Cik Nurl dlm hati...
Cik Nurl diinterview oleh seorg boss perempuan yg sgt chantek n muda n sopan santun...Cik Nurl agak tertarik dgn cara dia...habis sesi soal jawab spt biasa ayat wajib n keramat berbunyik 'kami akan call dlm beberapa hari jika anda terpilih..trima kasih'...lepas interview Cik Nurl trus balik ke kmpg halaman terchenta...heheheh
DiKampung Halaman Terchenta
Beberapa hari bersuka ria di kampung halaman...Cik Nurl dpt call dr cmpny interview 2 yg mengatakan Cik Nurl diterima bekerja n kena dtg utk job discussion n briefing pd masa n tarikh yg dipersetujui...so dgn rasa sgt happy n bangga nya Cik Nurl bgtau la pd mak abah Cik Nurl supaya mereka pn rasa bangga yg anak mereka ni dh diterima bekerja...malam tu abah CIk Nurl tnye pasl cmpny yg akan Cik Nurl bekerja tu...tp Cik Nurl xtau pasl cmpny tu then abah suh Cik Nurl menggoogle la nama Georgous Chain Sdn Bhd [GCSB]...agak mengechewakan Cik Nurl sbb xde web yg berkaitan..malas nk mencari sbnrnya n CIk Nurl trus berpendapatan yg cmpny ni mmg xde web...almaklumlah org2 finance ni kn agak kekurangan dr segi teknologi ni...hehehe...(ampun maap je wahai org2 finance)
Tapi ada beberapa link lain menulis mengenai GCSB yg menarik hati Cik Nurl utk mengklik ke link tersebut...
Jeng..jeng...jeng...setelah baca beberapa blog yg berkaitan Cik Nurl trus surh abah baca plak...
then abah tnye "cmne?"
Cik Nurl jwb "entah le..abah rase cmne?"
abah "xpayah le...buang duit je pegi"
Cik Nurl "ok"
Sure korg curious apakah yg terjadi kan....hahhhahaa
Pemilik blog2 tersebut mencheritakan n mendedahkan kegiatan sbnr cmpny GCSB ni...Cik Nurl n abah xpasti sgt tp maybe Forex trading kot...hahahah Cik Nurl xphm sgt sbnrnye... tp dlm blog tersebut diorg cherita yg diorg ditipu yg diorg xde gaji basic pun...gaji based on client n sales...kalo ada client br ada gaji...mcm hampeh kan...menipu xhengat dunia nyer...ni apa yg diceritakan dlm blog2 tu la...bygkan nk ke mana2 je mesti diorg temankan...even ke toilet n solat pn diorg teman...sbbnye xnk kita ckp2 ngn org lain....apa masalah diorg pun xtau la...
Rupa2 nya cmpny interview 1 [EDSB] pun tersenarai dlm blog2 tersebut...nature of business mereka ni sama jer...n diorg mmg mentargetkan fresh graduate n para remaja yg muda belia supaya senang mereka tipu n pergunakan...mungkin business mereka betul n xmenipu tp pd pendapatan Cik Nurl cara mereka utk dptkan pekerja tu sgt xprofessional n sgt xberetika...So lepas ni berhati2 semasa mencari kerja....
So kalo korg nk tau dgn lebih lanjut perkara sbnr bleh la melawat blog2 mereka ni...
Story 1
Story 2
Story 3
Story 4
So kesimpulan dr entri ni...silalah cari kerja lain...xde rezeki lg le tu...doa byk2.... :)))
P/S: sesapa ada tau or info on any vacant sila roger2 Cik Nurl yek.TQ.
Sunday, July 25, 2010
Dugaan~
kali ni Cik Nurl xdapat menulis entri yg pnjg2 kerana kesuntukan masa...
almaklumlah karpet hidup Cik Nurl agak tunggang langgang dan tidak terurus disebabkan oleh byk faktor persekitaran, faktor luaran dan juga faktor dalaman...hahhahha
addoihaiii....sejak kebelakangan ni life Cik Nurl agak tak stabil seperti selalunya...pelbagai masalah, dugaan n cabaran yg terpaksa Cik Nurl tempuh...hampir2 Cik Nurul putus asa dan hilang arah pertimbangan tapi alhamdulillah Tuhan masih sayangkan Cik Nurl dan telah memberi sinar baru dan petunjuk untuk Cik Nurl teruskan hidup, kuatkan semangat dan tabahkan hati...
mmg agak berat masalah n dugaan yg dtg bertimpa2 dan serentak utk Cik Nurl tanggung n hadapi seorg diri...terasa amat kerdil diri Cik Nurl di dalam dunia Allah ini...alhamdulillah Cik Nurl masih boleh menghadapi dan meneruskan hidup Cik Nurl yg serba kekurangan ni demi masa depan Cik Nurl dan keluarga terchenta...doakan semoga Cik Nurl selalu bersabar dan tabah hendaknya...amin...
lumrah manusia bila terasa diri dlm keadaan tertekan n susah baru nk mengadu n meminta pd Si Pencipta...nmpk sgt ceteknya ilmu dan iman dlm dada Cik Nurl....kalaulah sentiasa igt pd Nya tentu hidup Cik Nurl tenang n dirahmatiNya...wallahualam...saat ini Cik Nurl berazam utk tidak lupakan Nya dan tidak lalai dgn segala suruhanNya...Cik Nurl akan berusaha utk menjadi seorg hamba yg taat, yg patuh, yg sabar, yg sentiasa bersyukur dan sbgainya...insyaAllah~
saat ni Cik Nurl teringat lirik lagu Laskar Pelangi by Nidji...sgt2 bermakna dikala semangat hampir hilang, impian seakan musnah, hati telah terluka, jiwa terasa kosong...
"mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
laskar pelangi takkan terikat waktu"
Friday, July 2, 2010
Kisah Si Penganggur
Salam bertemu kembali...wahhh mmg lama cik nurl amik masa utk siapkan entri baru ni...almaklumlah situasi cik nurl skrg agak x mengizinkan cik nurl utk menulis dlm jangka masa yg pnjg...
Cik nurl nk berkongsi sesuatu dgn semua pasal kerja...yup mencari kerja actually... meh kita imbas balik kalo korg igt lg entri cik nurl yg lepas2 pasl dilema cik nurl utk memilih 2 ofer kerja... masa tu mmg cik nurl rasa bersyukur sesgt n hapy sbb dpt ofer keje smpai xleh nk decide...tp langit xslalu nya cerah... cik nurl decide utk terima ofer kerja di KL sbb cik nurl rasa cik nurl bleh gain much more experiences n knowledges berbanding di kampung halaman cik nurl...dgn serta merta cik nurl buat surat resign n bg pd former bos cik nurl... malang tak berbau few days b4 cik nurl mengabdikan diri kpd bakal majikan baru di KL, cik nurl dpt call dr bakal majikan dgn suara lemah lembut dan sopan santunnya bgtau cik nurl yg cmpanynya xmampu nk byr gaji cik nurl seperti yg telah dipersetujui...mereka decide utk xemploy sesiapa pn buat masa tu...itu apa yg derg bgtau lah...so cik nurl pn berasa sgt teraniaya tp cik nurl xmampu utk buat apa-apa sbb cik nurl xde sign contract or receive ofer letter pn sbb derg jnji once cik nurl masuk lapor diri derg akan bagi ofer letter n all document needed...sangat kejam kn..huhuhuu
Mungkin tiada rezeki cik nurl kot...then cik nurl dgn mengetepikan rasa malu (sbb dah tolak ofer derg) cuba bertanyakan cmpny di kmpung halaman yg ofer cik nurl tp malang lagi sekali mereka dah employed 2 org...so xleh juga nk employ cik nurl...terasa ada batu besar (bayangkan mcm bilal bin rabbah) hempap cik nurl...adoi secara automatiknya skrg cik nurl bergelar penganggur kelas pertama...cis..cis....cis...
So cik nurl buat keputusan utk balik ke kmpg halaman cik nurl yg terchenta ni sementara cik nurl mencari kerja...dalam hampir 2 bulan menganggur ni cik nurl dah pergi byk interviu di KL..hmpir setiap minggu cik nurl berulang alik ke KL untuk mengattendkn diri cik nurl di setiap interviu yg cik nurl dpt...tp smpai skrg cik nurl xdpt apa2 berita dr interviu yg telah cik nurl hadiri...
Nasib cik nurl agak baik sbb fmly cik nurl agak memahami keadaan cik nurl dan tak pernah sekali pun fmly cik nurl mendesak cik nurl utk mencari kerja jauh sekali menyalahkan cik nurul...asalkan kita berusaha rezeki ada di mana-mana, betul kn...
Cik nurl agak xpuas hati dgn sesetengah cmpany yg nk hire pekerja tp memanfaatkan pekerja hingga ke tahap maksimum! Mereka nk pekerja yg ada kelulusan yg bgus tp byr gaji sama mcm budk spm jer...bagi kerja plak mcm esok xde masa dah nk buat kerja...dah mcm kuli batak pun ada...xpatut btol tau...bukannya cik nurl nk suh sesapa yg berkelulusan tinggi demand gaji pd majikan tp cik nurl rasa knowlegde yg graduan2 malaysia ada boleh dieksploitasi dgn sebaik-baiknya dgn cara yg betul...harap2 para majikan akan lebih bertimbang rasa dgn para pekerja..mereka harus ingat syarikat mereka yg mungkin bernilai berbillion ringgit dan juga untung yg berjuta ringgit adalah hasil titik peluh pekerja bawahan yang sentiasa setia pd cmpany...sedarlah wahai para majikan!
Lagi 1 perkara yg agak cik nurl kecewa dgn para majikan adalah pasal experiences...masa interview sume para majikan akan tanya pasl experiences pd org yg diinterview nya.....oleh kerana cik nurl ni consider fresh graduate maka experiences yg belum pn setahun jagung tu amatlah mereka perkecilkan...kebanyakan mereka beri alasan kalo xde byk experiences keje susah nk buat keje la...xde masa or sesiapa yg nk ajar la...xleh wt decision sendiri la...dan segala bagai alasan... cuba anda sume pikirkan sejenak...kalo sume majikan xnak hire fresh graduate macam mana fresh graduate nk gain experiences? Rasa cik nurul la..xde masalah yg besar kalo para majikan sudi hire fresh graduate n korbankan sikit masa dan tenaga utk mengajar n membantu fresh graduate yg melambak di pasaran skrg...sure fresh graduate tersebut akan berkhidmat dgn setia n bertanggungjawab terhadap kerja yg diamanahkan... so jika ada para majikan yg terbaca entri cik nurl ni sila lah pertimbangkan bila ada application post dr fresh graduate...jangan salahkan graduate bila mereka bekerja di bidang yg bertentangan dgn apa yg mereka pelajari...graduate skrg xleh juga terlalu memilih kerja...almaklumlah saingan terlalu banyak... so fresh graduate tidak akan teragak-agak utk bekerja di mana-mana bidang yg memerlukan khidmat kami as a graduate. Sila lah mengeksploitasi segala skill n knoelegde yg ada pada kami secara maksimum utk memajukan cmpany anda secara tidak lgsg membantu pertumbuhan ekomoni negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
I luv malaysia!~
Wednesday, May 12, 2010
Writer's Block!
image dicilok drpd free library ini
Sunday, March 28, 2010
People Oh Manusia!
Wahhh…sudah agak lama Cik Nurul xmeng’update’ karpet ni kan…maklumlah Cik Nurul agak bz dgn kerja dan xtvt… bila ada masa terluang mcm ni otak Cik Nurul pula tak boleh menghasilkan idea yang bernas…adoyaii apakah topik kali ni…
Haa idea sudah tercipta… Cik Nurul nk merepek pasal perangai manusia dalam bersahabat…byk experience yg leh kita share…
Kes 1: I hate stranger but why?
Cik Nurul pun agak pelik walaupun dgn diri sendri…sometimes kita xknal pun dgn seseorg tp bila kita pndang tetiba ada segaris perasaan xsuke…anda sume sure pernah mengalami situasi mcm tu kan? Komphem la pernah! Cik Nurul pun pernah(byk kali sbnrnye)…xtau la kenapa tp tetibe jer otak ni memberi arahan kpd hati n akal utk ada perasaan begitu…xlogik kan?
Kes 2: berkawan baik tapi bermusuh?
Kes ni mmg la sangat pelik… kalau dah berkawan baik kenapa bleh bermusuh? Hahah mcm ni sbnrnya crita nye… seorang kawan baik sanggup ke memburuk-burukkan kawan nya sendri tp dalam pada masa yang sama masih berkawan baik dengan kawannya… itu ke definasi kawan baik? Apa gunanya jadi kawan kalau memburuk-burukkan kawan sendiri…sama mcm musuh dalam selimut la beb! Kalau betullah perangai kawan kita ni buruk at least awk sbg kawan baiknya haroslah menegurnya dan membantu kawan baik anda untuk berubah…ini semua demi kebaikan anda semua… bukankah indah hidup mcm 2… walau apa pun alasan anda semua, sebagai kawan baik…anda tidak berhak untuk memburukkan kawan anda sendiri..apatah lagi kawan anda itu tidak pernah sekali-kali menyakiti hati anda apatah lagi mengkhianati persahabatan anda… berterus teranglah kerana itu adalah satu penyelesaian yang amat efektif. Betul! Cik Nurul dah menyelesaikan satu persengketaan yang agak lama terpendam hanya dengan berterus terang… cubalah kerana tidak salah untuk mencuba… hidup kita singkat tapi indah…so janganlah mencemarkan keindahan itu dengan persengketaan antara sahabat…kerana sahabat adalah peneman dikala susah dan senang… tapi awas bukan semua kawan2 anda adalah sahabat anda…sahabat sejati adalah sahabat yang sedia membantu kita di masa susah senang…yang bertanya khabar di kala sihat dan sakit…sedia mendengar berita baik atau buruk… yang cuba memahami kita walau apa situasi pun…yang sedia mengambil berat walau dilanda dugaan atau dilimpahi rezeki…jadilah seorang sahabat yang disenangi oleh kawan2 anda…jgn lah mmbuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati kawan2 anda…dan paling penting…seorang kawan baik tidak berhak untuk membuat keputusan bagi pihak kawannya tanpa pengetahuannya!seorang kawan baik hanya berperanan untuk menasihati dan menyokong dan menghormati keputusan kawannya… jangan sesekali anda semua melibatkan kawan baik anda dengan masalah peribadi anda yang tidak ada kaitan dengan kawan anda… dan jangan salahkan kawan anda di atas apa juga keputusan yang telah anda lakukan dalam hidup anda..kerana peranan seorang sahabat adalah untuk menyokong kawan-kawannya dan menerima baik buruk apa adanya seikhlas hatinya…
Kes 3: berkawan + berchenta x break up = musuh ?
Haaa kes ni mmg sangat glemer seantero dunia xkire darjat, keturunan, bangsa atau agama! Merata-rata kita boleh tengok kes cenggini tapi stil xde solution… kenapa mesti bermusuh lepas terputus segala kasih sayang? Perlu ke menyimpan dendam yang pd dasarnya mungkin menyakitkan hati namun lgsg tak berbaloi… mungkin perpisahan anda sangat menyakiti anda dan juga si dia tapi mungkin inilah takdir yang terbaik… Tuhan maha mengetahui dan maha adil… setiap perkara yg terjadi pd diri kita dan sekeliling kita ada hikmahnya yang tersembunyi dan tersirat dan kita sbg manusia yg perlu bijak mencari. Just lupakan apa yg terjadi dan teruskan hidup anda dengan harapan yang baru…yaa mungkin senag bagi Cik Nurul untuk berkata-kata tapi amat susah untuk menanggungnya…I’m feeling you actually babe! Betul..Cik Nurul pun pernah mengalami perasaan perit getir mcm ni… tapi bila kita tgk dunia dari satu sudut yang berbeza barulah kita akan bersyukur dgn segala kejadian yang berlaku dalam hidp kita… sume tu jgak la yg menjadikan karpet hidup kita berwarna-warni dan menarik…ia jugak mematangkan diri kita sebagai manusia…so mulai dari detik ini muhasabahlah diri anda dan hargailah hidup anda… Hayatilah kata-kata ni…
‘when you feel down because you didn’t get what you want, just sit tight n be happy because God is having something better to give you’
Kesimpulan dari entri ini: Hargailah kawan-kawan dan orang yg berada di sekeliling anda!

